Jika Anak Terlalu Kurus, Ibu Bapa Sila Bagi Anak Minuman Ni

Ibu mana tak risau bila melihat keadaan bentuk badan anaknya yang kurus kering akibat tiada selera makan.

Lagi-lagi sering kali pula ditegur oleh orang sekeliling berkenaan bentuk fizikal anak tersebut. “Kenapa kurus sangat anak kamu ni, tak kasi makan ke?”, “Anak tak nak makan ke jadi macamtu?”, “Kesiannya tengok anak kamu ni, macam tidak cukup zat.” dan pertanyaan-pertanyaan ini terus sering didendangkan di telinga anda.

Akhirnya membuatkan kita sebagai ibu semakin bimbang dan tertekan.

Sewajarnya kita akan mencari penyelesaian agar anak yang sedang membesar dibekalkan dengan zat yang secukupnya.

Salah satu caranya adalah dengan menyediakan minuman yang berkhasiat seperti mana resipinya telah dikongsikan oleh Puan Norliza ini.

Ikuti perkongsiannya untuk manfaat bersama!

Oh ya, selain itu tips ini juga sesuai untuk semua golongan, kaum lelaki dan kanak² yang mempunyai berat badan yang kurang pun sesuai mengamalkan, InsyaAllah. Sesuai juga diamalkan kepada ibu berpantang serta ibu mengandung yang merasakan diri mereka kurang tenaga dan tidak bermaya.

Kesemua bahan ini terlalu banyak khasiat, lebih-lebih lagi ianya adalah makanan sunnah.

Bahan-bahan:

  • Segelas susu
    Sesudu besar kismis (kalau nak guna kurma pun boleh, tapi jangan campur kurma dan kismis)
    rendam 2jam
  • Sesudu besar badam
    rendam 6jam atau semalaman.
  • Sesudu kecil madu

Cara penyediaan:

  • Campurkan semua bahan dan kisar.
  • Setelah sebati boleh tapis untuk minum, tapi saya suka tak bertapis sebab dapat rasa crunchy² badamnya.
  • Minum 2x sehari setiap hari.

RESEPI SUSU KURMA BADAM KISMIS.. Orang kata…. minuman yg sedap akan lagi sedap kalau suami yang buatkan… hehe =)Susu kurma badam ni mmg sedap… pekat… penuh makanan sunnah… manis2 lemak…. bila minum ja terasa kurma kismis badam ni membelai belai lidah & tekak… Semakin dihirup semakin terasa nikmat kelembutannya lain macam… sampai dah habis pun tak sedar…. =PResepi terbaik sepanjang ramadhan & hari2 biasa ni sgt2lah bgs utk :Pregnant mommy… ibu menyusu (milk booster) Suami & anak2…. =)Masa puasa.. bole minum tyme sahur… & kurma tu buang biji & baru rendam =)Smg bermanfaat… =)#9bulan10hari

Posted by 9bulan10hari on Monday, 22 May 2017

sumber : Norliza Mohd Salleh

Kredit: nasihat pakcik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*