Setiap Hari Dukung Adik Ke Sekolah, Budak 11 Tahun Ambil Alih Tugas Ibu Bapa

Ketika kanak-kanak lain seusianya berlari, bermain dengan gembira di padang dia pula terpaksa menggalas kerja sebagai seorang abang dalam masa yang sama turut menjadi ibu bapa buat dua orang adik lelakinya. Itulah kehidupan yang perlu dilalui oleh seorang kanak-kanak lelaki dari Leyte, Filipina ini.

Setiap hari, Alexis Peralta yang baru berusia 11 tahun itu akan mendukung adik lelaki bongsunya, AJ ke sekolah. AJ yang berusia 4 tahun itu tidak boleh berjalan atau bercakap. Menurutnya, jika dia meninggalkan adik kecilnya di rumah tiada siapa yang akan menjaga si kecil jadi dia memutuskan untuk membawa adiknya ke sekolah bersamanya.

Buat masa sekarang Alexis dan adik-adiknya tinggal di pejabat pengetua sekolahnya. Pihak sekolah memutuskan untuk memberikan tempat perlindungan sementara kepada kanak-kanak itu jadi, Alexis tidak lagi perlu berjalan selama 2 jam untuk ke sekolah.

Walaupun masih terlalu muda Alexis sudah pandai melakukan kerja-kerja rumah. Setiap hari selepas pulang dari sekolah dia akan mula memasak dan menyuapkan makanan buat adik kecilnya, AJ. Dia juga mencuci pakaian mereka dan memandikan AJ serta tidak pernah meninggalkan adiknya bersendirian.

Semuanya bermula apabila ayahnya meninggalkan keluarga sejak 7 tahun lalu. Ibunya pula meninggalkan mereka bersama bapa tiri mereka sementara dia pergi ke Manila untuk bekerja. Menurut Alexis lagi bapa tirinya sering memu kul mereka jadi dia memutuskan untuk l4ri dari rumah bersama adik-adiknya.

Walaupun dia ditinggalkan ibu dan bapa kandungnya dia tidak pernah berharap agar suatu hari nanti ibunya akan kembali semula. Akhirnya apa yang dihajati menjadi kenyataan apabila ibunya akhirnya pulang juga. Apa yang berlaku selepas itu pasti akan buat hati anda lebih tersentuh…

Thank you, Kuya!

This 11-year-old boy serves as a parent to his youngest sibling who can neither talk nor walk. He juggles school work with his family duties. Watch this video and be inspired! #KMJSExclusives

Posted by Kapuso Mo, Jessica Soho (One at Heart, Jessica Soho) on Friday, 29 June 2018

Sumber : Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*